DI WAJAHMU BONDA


Hasidah Ehsan

Kau,
yang sering kulaung-laungkan
nama indah dan besar
nyata tak pernah
mengasingkan zuriat wargamu,
titisanmu
berbagai bangsa
saudara dari berbagai nada
namun sama asal lapar pada kenyangnya
sama datang haus pada seleranya
sama terbit mimpi pada tidurnya.
Bonda,
betapalah bahagia kami
datang dan pergi berganti generasi
kini dengan berani
bersumpah atas nama sucimu:
Bondaku,
tiada lagi helah penjajah
tiada lagi muslihat derhaka
kerana kami takkan rela sawah diracuni,
taut dituba dan mata had dikaburi janji!
Kunci air matamu dan umah,
sama-sama kita kecap lazatnya merdeka,
basahi bibirmu
dengan senyum bangga
kerana kepuasan tak dapat
kita sembahkan pada himpunan material semata.
Bonda,
pembangunan bukan untuk dikecam
sebagai perampas maruahmu
justeru beginilah namanya
kewajaran berhijrah untuk berbagai kemajuan
mempamerkan kematangan peribadi kita bangsa bermartabat
kerana kita ditinggikan atas semangat dan kemahuan
kita didaulatkan demi bijaksana dan usaha.
Kau,
yang sering kulaung-laungkan
nama besar dan indah
memerahkan darah kami,
melanjutkan nafas kami
memberi kchidupan
dan dengan derap bangga
kami telusuri!